About UMNC


Pengenalan UM Nutrition Club (UMNC)

Kelab Nutrisi Universiti Malaya (UMNC) merupakan sebuah Kelab yang menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada warga Kampus UM. Perkhidmatan ini merangkumi minuman dan makan kesihatan yang sihat dan seimbang, khidmat nasihat, aktiviti sukan, seminar dan taklimat kesihatan, fastrack kesihatan, preview kesihatan dan sebagainya.

Khidmatan dan taklimat kesihatan yang diberikan kepada pelanggan kami adalah percuma, sesuai dengan Misi penubuhan syarikat iaitu untuk membantu masyarakat Malaysia menjadi lebih sihat dan sejahtera.

Misi terbesar kami adalah untuk membuka lebih daripada 10,000 kelab di Malaysia pada masa akan datang.

Visi:

“Menubuhkan 10,000 Kelab Nutrisi di Malaysia”

Misi:

o   * Membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sihat dengan mengubah tabiat
 pemakanan kepada yang lebih seimbang.

* Membuka 3 cawangan UMNC pada tahun 2013.

* Membantu mendidik masyarakat supaya mengamalkan gaya hidup yang 
   sihat dan betul.

* Menyediakan ruang kepada masyarakat dengan membuka peluang perniagaan
   melalui Kelab Nutrisi untuk menjana pendapatan. 

UMNC dipengerusikan oleh saudara Mohd Afifi bin Ismail yang bertanggungjawab mengedalikan sepenuhnya urusan syarikat ini.  Cadangan dan kritikan daripada anda semua kami alu-alukan sebagai penambahbaikkan kepada syarikat kami.


Perkhidmatan utama yang disediakan oleh pihak kami ialah:

Minuman Nutrisi 1, 2 dan 3, iaitu:

 Nutrisi 1: Herbal Aloe:
* Berfungsi membersihkan usus.

Nutrisi 2: Tea Mix
* A: Antioksida yang tinggi
* B: Burn fat
* C: Clean
* D: Detox toksid
* E: Energy

Nutrisi 3: Nutritious Mixed
*Gantian pemakanan dalam bentuk cairan yang membekalkan 58 jenis Zat untuk badan. Ia berfungsi memperbaiki tisu dan menggantikan sel-sel badan yang telah rosak.

Antara program/aktiviti yang dijalankan oleh UMNC ialah:

1. Taklimat Kesihatan.
2. Kempen Kesihatan dan Derma Darah.
3. Sukan dan Riadah de Varsiti.
4. Kempen “Save Our Earth”.
4. Seminar Usahawan Muda dan Kerjaya (SUMKER) dan sebagainya...

Hubungi Kami di:
UM Nutrition Club
Lot No. 1 Student Mall,
Kompleks Perdana Siswa,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur

Telefon: 014-8404842
Email: umnc.umnutritionclub@gmail.com
Website: umnutritionclub.blogspot.com
FB: Kelab Nutrisi UM (UMNC)

No comments:

Post a Comment