Tuesday, 6 November 2012

Pengenalan UM Nutrition Club (UMNC)


"Changing People Life"

Kelab Nutrisi Universiti Malaya (UMNC) merupakan sebuah Kelab yang menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada warga Kampus UM. Perkhidmatan ini merangkumi minuman dan makan kesihatan yang sihat dan seimbang, khidmat nasihat, aktiviti sukan, seminar dan taklimat kesihatan, fastrack kesihatan, preview kesihatan dan sebagainya.

Khidmatan dan taklimat kesihatan yang diberikan kepada pelanggan kami adalah percuma, sesuai dengan Misi penubuhan syarikat iaitu untuk membantu masyarakat Malaysia menjadi lebih sihat dan sejahtera.

Misi terbesar kami adalah untuk membuka lebih daripada 10,000 kelab di Malaysia pada masa akan datang.

Visi:

“Menubuhkan 10,000 Kelab Nutrisi di Malaysia”

Misi:

* Membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sihat dengan mengubah tabiat
   pemakanan kepada yang lebih seimbang.

* Membuka 3 cawangan UMNC pada tahun 2013.

* Membantu mendidik masyarakat supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat 
   dan betul.

* Menyediakan ruang kepada masyarakat dengan membuka peluang perniagaan
   melalui Kelab Nutrisi untuk menjana pendapatan.

UMNC dipengerusikan oleh saudara Mohd Afifi bin Ismail yang bertanggungjawab mengedalikan sepenuhnya urusan syarikat ini.  Cadangan dan kritikan daripada anda semua kami alu-alukan sebagai penambahbaikkan kepada syarikat kami.

Perkhidmatan utama yang disediakan oleh pihak kami ialah:

Hidangan Nutrisi 1, 2 dan 3, iaitu:


Nutrisi 1: Herbal Aloe Concentrate

* Menyokong sistem pencernaan yang mengandungi nutrien organik, asid amino, 
   vitamin, mineral dan enzim daripada tumbuhan lidah buaya dan kamomil 
   dalam minuman yang menyegarkan.

Kelebihan utama :

* Membersihkan sistem penghadaman seperti usus

* Menenangkan dan melegakan kesenakan perut

* Meningkatkan penyerapan nutrien

* Menyokong imuniti dan antioksidan



Nutrisi 2: Tea Mix – Lemon & Hibiscus / Peach


* Merupakan Campuran Herba Botanicals (ABCDE)

* Mengandungi 20 nutrien, antioksidan, asid folik, kalsium dan zat besi

* Menyokong sistem imun dan meningkatkan kesihatan tulang, kulit dan rambut

* Meningkatkan tenaga dan mempercepatkan pembakaran kalori dan lemak

* Mengurangkan selera makan dan menjalankan detoksifikasi secara semulajadi


A - Antioksidan ( Cegah Kanser )

B - Burn extra calories ( Membakar lemak berlebihan) 

C - Cleansing ( Membersih dan menyingkirkan kandungan gula dalam darah)

D - Detox (Menyingkirkan toksik dalam tubuh badan)

E - Energy (Membekalkan tenaga tambahan serta menjadikan badan lebih segar 
     dan bertenaga)



Nutrisi 3: Formula 1 – Nutritious Mixed soy Powder Drink


Merupakan makanan seimbang yang mengandungi 55 nutrien, 18 asid amino, karbohidrat, protein, lemak sayuran, Vitamin, Mineral dan serat dan herba.

Protein dan serat untuk menyokong pengurusan badan dengan memberikan khasiat, rasa kenyang dan tenaga kepada tubuh badan.

Amat sesuai untuk ibu-ibu hamil terutama selepas bersalin,/pantang untuk membantu mengurangkan masalah kesihatan dan penghadaman, juga sesuai untuk bayi, orang dewasa.


Antara program/aktiviti yang dijalankan oleh UMNC ialah:

1. Taklimat Kesihatan.

2. Kempen Kesihatan dan Derma Darah.

3. Sukan dan Riadah de Varsiti.

4. Kempen “Save Our Earth”.

4. Seminar Usahawan Muda dan Kerjaya (SUMKER) dan sebagainya...

Hubungi Kami di:

UM Nutrition Club
Lot No. 1 Student Mall,
Kompleks Perdana Siswa,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur

Telefon: 014-8404842

Email: umnc.umnutritionclub@gmail.com

Website: umnutritionclub.blogspot.com

FB: Kelab Nutrisi UM (UMNC)